Tuesday, 15 November 2011
Saturday, 12 November 2011
Uji Diri 5
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai
dan | sambil | atau | dengan | kerana | jika |
1. Ali ____________ Abu ialah adik beradik kembar.
2. Adik menjerit kesakitan ____________ terjatuh.
3. Pilihan mana yang lebih baik, belajar ____________ bekerja?
4. Kita akan berjaya ____________ sentiasa berusaha.
5. Nora suka menonton televisyen ____________ makan nasi.
6. Emak pergi ke pasar ____________ menaiki teksi.
Jawapan
2. kerana
3. atau
4. jika
6. dengan
Friday, 11 November 2011
Tatabahasa 5
KATA HUBUNG
1. Kata Hubung digunakan untuk menghubungkan dua ayat.
2. Kata Hubung terbahagi kepada tiga jenis:
i. kata hubung gabungan – dan, atau, serta, sambil, lalu, tetapi
ii. kata hubung pancangan – jika, kerana, bahawa, supaya,setelah
iii. kata hubung berpasangan – kian…kian, baik… mahupun, sedangkan…apatah lagi
Ayat contoh:
2. Norin dan Mahani sedang bermain congkak.
3. Awak mahu makan mi atau mihun goreng ?
4. Azman demam kerana mandi hujan.
5. Adik pergi ke sekolah dengan menaiki bas.
Monday, 7 November 2011
Sunday, 6 November 2011
Friday, 4 November 2011
Uji Diri 4
Isi tempat kosong dengan perkataan yang betul
jernih | panjang | bulat | lembut | licin |
gelap | kotor | tinggi | kasar | harum |
1. 1. Bunga itu ____________ baunya.
2. 2. Air sungai itu sungguh ____________.
3. 3. Ali lebih ____________ daripada adiknya.
4. 4. Baju budak itu ____________.
5. 5. Mukanya ____________ seperti bola.
6. 6. Rumah ____________ ialah tempat kediaman kaum Iban.
7. 7. Lantai itu ____________, oleh itu dia berjalan dengan perlahan.
8. 8. Kulit bayi itu sungguh ____________.
9. 9. Mukanya ____________ kerana ditumbuhi jerawat.
1 10. Malam itu keadaannya sungguh ____________.
1. harum
2. jernih 3. tinggi
4. kotor
5. bulat
6. panjang
7. licin
8. lembut
9. kasar
10. gelap
Thursday, 3 November 2011
Tatabahasa 4
- Digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu kata nama.
- Terbahagi kepada beberapa jenis:
Kata Adjektif | Contoh | Ayat Contoh |
Sifat atau keadaan | kotor, nyaman, segak, layu, takut, gelap | 1. Ibu mencuci baju yang kotor itu. 2. Hari semakin gelap. |
Warna | biru, coklat, merah, ungu,hijau, hitam, putih, perang | 1. Kasut saya berwarna biru. 2. Kulit pisang berwarna kuning. |
Ukuran | pendek, panjang, cetek ,tebal, nipis, kerdil | 1. Kamus itu sangat tebal. 2. Pak Mat mengait rambutan dengan galah panjang. |
Bentuk | bujur, leper, pipih, bulat, lonjong | 1. Bola tenis itu berbentuk bulat. 2. Telur ayam bujur. |
Pancaindera | halus, manis, masam, kacak, jelita, busuk, riuh, panas | 1. Suara penyanyi itu sangat merdu. 2. Kek itu sangat sedap. |
Waktu | lama, baru, segera, spontan | 1. Operator pengeluaran diperlukan segera. |
Cara | cepat, laju, deras, perlahan, lambat | 1. Kereta itu dipandu dengan laju. 2. Air sungai mengalir dengan deras. |
Perasaan | benci, marah, sayang, geram, rindu, muram | 1. Ibu rindu akan abang yang berada di universiti. 2. Adik sayang akan arnabnya. |
Subscribe to:
Posts (Atom)







