Bahasa Malaysia Tahun Dua

Friday, 11 November 2011

Tatabahasa 5

KATA HUBUNG

1. Kata Hubung digunakan untuk menghubungkan dua ayat.
2. Kata Hubung terbahagi kepada tiga jenis:
i.              kata hubung gabungan – dan, atau, serta, sambil, lalu, tetapi
ii.            kata hubung pancangan – jika, kerana, bahawa, supaya,setelah
iii.           kata hubung berpasangan – kian…kian, baik… mahupun, sedangkan…apatah lagi

            Ayat contoh:
1. Kakak menonton televisyen sambil melipat pakaian.
2. Norin dan Mahani sedang bermain congkak.
3. Awak mahu makan mi atau mihun goreng ?            
4. Azman demam kerana mandi hujan.
5. Adik pergi ke sekolah dengan menaiki bas.


 

No comments:

Post a Comment