Bahasa Malaysia Tahun Dua

Thursday, 8 December 2011

Uji Diri 9


Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai

menuai
mencuci
dirawat
menangis
memanjat
melipat
bersenam
menyimpan
dikejar
bermain

1. Datuk ____________ setiap pagi di taman.

2. Abang ____________ kasut sekolah di bilik air.

3. Adik ____________ kerana jarinya digigit semut.

4. Zaki ____________ oleh seekor anjing liar.

5. Monyet pandai ____________ pokok.

6. Ali dan rakan-rakan ____________ bola sepak di padang.

7. Pesakit itu sedang ____________ oleh doktor.

8. Dia ____________ buku ke dalam beg.

9. Petani sedang ____________ padi di sawah.

10. Ibu ____________ pakaian di dalam bilik itu.

Jawapan

1. bersenam                                                
2. mencuci
3. menangis
4. dikejar
5. memanjat
6. bermain 
7. dirawat
8. menyimpan                              
9. menuai 
10. melipat

No comments:

Post a Comment