Bahasa Malaysia Tahun Dua

Sunday, 27 November 2011

Uji Diri 7


Betulkan penggunaan kata seru dalam ayat-ayat di bawah.

1. Wah, comelnya kucing kamu!    ____________
2. Ah, kamu sudah sampai!    ____________
3. Nah, kamu berjaya akhirnya!    ____________
4. Aduhai sahabatku, belajarlah rajin-rajin!    ____________
5. Cis, sakitnya lututku ini!   ____________

6. Aduh, tingginya bangunan di bandar ini!    ____________
7. Wah, berseri-serinya wajah kamu!    ____________
8. Nah, di sini rupa-rupanya kucing saya!    ____________
9. Eh, besarnya rumah kamu!    ____________
10. Hai, berani engkau datang ke sini!    ____________



Jawapan
1. Amboi
2. Eh
3. Syabas
4. Wahai
5. Aduh
6. Wah
7. Amboi
8. Oh
9. Wah
10. Cis

Saturday, 26 November 2011

Tatabahasa 7


KATA SERU

·         1. Digunakan untuk menyatakan perasaan terkejut, takut, geram, sakit, dan   sebagainya.
·        2.  Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan yang diakhiri tanda seruan ( ! )

Kata Seru
Maksud
Ayat Contoh
aduh
sakit
Aduh, sakitnya tekakku!
aduhai
sedih, kecewa
Aduhai, malang sungguh nasib saya!
ah
tidak setuju
Ah, jangan engkau memaksa aku lagi!
amboi
hairan, terkejut
Amboi, cantiknya kasut baharu kamu!
cis
benci
Cis, berani engkau memukul adikku!
eh
cemas
Eh, bukankah itu kakak kamu?
kasihan
simpati
Kasihan, beg tangannya diragut pagi tadi!
nah
memberi Sesutu dengan marah
Nah, ambil duit kamu semula!
oh
kecewa, hairan, terkejut
Oh, di sini rupa-rupanya kamu!
syabas
memuji, gembira, mengucapkan tahniah
Syabas, kamu telah Berjaya!
wah
hairan, kagum, terkejut
Wah, tingginya bangunan itu!
wahai
merayu atau sayang
Wahai anak-anakku, belajarlah bersungguh-sungguh!

Tuesday, 22 November 2011

Uji Diri 6

Lengkapkan soalan dengan kata tanya yang sesuai.

Di manakah
Siapakah
Berapakah
Apakah
Bilakah
Mengapakah

1. ____________ yang berdiri di sana?
    Harjit yang berdiri di sana.

2. ____________ kamu letakkan baju saya?
    Saya letakkan baju kamu di dalam almari.

3. ____________ harga selonggok durian ini?
    Harga selonggok durian ialah RM15.

4. ____________ yang sedang dilakukan oleh ibu?
    Ibu sedang menyiram pokok bunga.

5. ____________ kamu dating lewat ke sekolah?
    Saya datang lewat ke sekolah kerana tayar basikal pancit.

6. ____________ lawatan tersebut akan diadakan?
    Lawatan tersebut akan diadakan pada 15 Mei.                            

 Jawapan                    

1. Siapakah
2. Di manakah
3. Berapakah
4. Apakah
5. Mengapakah
6. Bilakah

Saturday, 19 November 2011

Tatabahasa 6

KATA TANYA

Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.

Kata Tanya
Penggunaan
Ayat Contoh
apa
menanyakan benda
1. Kamu pegang apa?
2. Apakah pendapat kamu?
bila
menanyakan masa
1. Bilakah awak anda bertolak?
2. Sejak bilakah kamu mengenali   dia?
bagaimana
menanyakan cara dan keadaan
1. Bagaimanakah untuk membuat layang-layang?
2. Bagaimanakah dengan penyakit ibu kamu?
berapa
menanyakan bilangan, harga atau jumlah
1. Berapakah harga pen itu?
2. Berapa buah bukukah yang kamu beli?
mana
menanyakan tempat
1. Di manakah kamu tinggal?
2. Ke manakah kamu hendak pergi?
mengapa
menanyakan sebab
1. Mengapakah adik menangis?
2. Mengapa kamu pulang lewat?
siapa
menanyakan orang
1. Budak itu anak siapa?
2. Siapakah yang menghantar kamu pulang?

Saturday, 12 November 2011

Uji Diri 5

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai

dan
sambil
atau
dengan
kerana
jika

1. Ali ____________ Abu ialah adik beradik kembar.
2. Adik menjerit kesakitan ____________ terjatuh.
3. Pilihan mana yang lebih baik, belajar ____________ bekerja?
4. Kita akan berjaya ____________ sentiasa berusaha.
5. Nora suka menonton televisyen ____________ makan nasi.
6. Emak pergi ke pasar ____________ menaiki teksi.

Jawapan
1. dan
2. kerana
3. atau
4. jika
5. sambil 
6. dengan


Friday, 11 November 2011

Tatabahasa 5

KATA HUBUNG

1. Kata Hubung digunakan untuk menghubungkan dua ayat.
2. Kata Hubung terbahagi kepada tiga jenis:
i.              kata hubung gabungan – dan, atau, serta, sambil, lalu, tetapi
ii.            kata hubung pancangan – jika, kerana, bahawa, supaya,setelah
iii.           kata hubung berpasangan – kian…kian, baik… mahupun, sedangkan…apatah lagi

            Ayat contoh:
1. Kakak menonton televisyen sambil melipat pakaian.
2. Norin dan Mahani sedang bermain congkak.
3. Awak mahu makan mi atau mihun goreng ?            
4. Azman demam kerana mandi hujan.
5. Adik pergi ke sekolah dengan menaiki bas.


 

Friday, 4 November 2011

Uji Diri 4

Isi tempat kosong dengan perkataan yang betul

jernih
panjang
bulat
lembut
licin
gelap
kotor
tinggi
kasar
harum

1.  1. Bunga itu ____________ baunya.

2.   2. Air sungai itu sungguh ____________.

3.    3. Ali lebih ____________ daripada adiknya.

4.   4.  Baju budak itu ____________.

5.   5.  Mukanya ____________ seperti bola.

6.   6. Rumah ____________ ialah tempat kediaman kaum Iban.

7.   7. Lantai itu ____________, oleh itu dia berjalan dengan perlahan.

8.   8. Kulit bayi itu sungguh ____________.

9.   9. Mukanya ____________ kerana ditumbuhi jerawat.

10. Malam itu keadaannya sungguh ____________.




Jawapan                                                   
1. harum
2. jernih                                                     
3. tinggi
4. kotor
5. bulat
6. panjang
7. licin
8. lembut
9. kasar
10. gelap

Thursday, 3 November 2011

Tatabahasa 4

KATA ADJEKTIF

  •          Digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu kata nama.
  •          Terbahagi kepada beberapa jenis:

Kata Adjektif
Contoh
Ayat Contoh
Sifat atau keadaan
kotor, nyaman, segak,      layu, takut, gelap
     1.   Ibu mencuci baju yang kotor itu.
      2.  Hari semakin gelap.

Warna
biru, coklat, merah, ungu,hijau, hitam, putih, perang
      1.  Kasut saya berwarna biru.
      2. Kulit pisang berwarna kuning.
Ukuran
pendek, panjang, cetek ,tebal, nipis, kerdil
         1. Kamus itu sangat tebal.
       2. Pak Mat mengait rambutan dengan galah panjang.

Bentuk
bujur, leper, pipih, bulat, lonjong
      1. Bola tenis itu berbentuk bulat.
      2. Telur ayam bujur.

Pancaindera
halus, manis, masam, kacak, jelita, busuk, riuh, panas
       1. Suara penyanyi itu sangat merdu.
      2.  Kek itu sangat sedap.
Waktu
lama, baru, segera, spontan
       1. Operator pengeluaran diperlukan segera.

Cara
cepat, laju, deras, perlahan, lambat
      1.  Kereta itu dipandu dengan laju.
      2. Air sungai mengalir dengan deras.

Perasaan
benci, marah, sayang, geram, rindu, muram
     1.  Ibu rindu akan abang yang berada di universiti. 
          2. Adik sayang akan arnabnya.