Bahasa Malaysia Tahun Dua

Monday, 5 December 2011

Tatabahasa 8




KATA SENDI NAMA

  • Digunakan untuk menghubungkan rangkai kata supaya membentuk ayat yang lengkap.
  • Muncul di hadapan kata nama atau kata ganti nama

Kata Sendi
Penggunaannya
akan
- Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan  atau sikap
dari
- Menunjukkan waktu
- Menunjukkan arah atau tempat asal
daripada
- Untuk orang, haiwan, benda, dan menyatakan perbezaan
dengan
- Untuk menyatakan makna bersama-sama bandingan setara dan keterangan cara
di
- Untuk menunjukkan tempat
hingga
- Untuk menjelaskan had tertentu
ke
- Untuk menyatakan tempat, masa, dan arah yang dituju
kepada
- Untuk menyatakan bahagian
- Untuk orang
oleh
- Untuk menunjukkan sesuatu yang dilakukan.
pada
- Untuk manusia, masa, dan benda
tentang
- Unsur yang membawa maksud rujukan

Ayat contoh:

1. Adik sayang akan kucing peliharaannya.
2. Bapa baru pulang dari pejabat.
3. Tikar itu diperbuat daripada daun mengkuang.
4. Ibu memotong sayur dengan pisau.
5. Sekolah saya terletak di Segambut.
6. Saya mengulang kaji dari pagi hingga petang.
7. Nenek berjalan kaki ke pasar.
8. Adik menghantar e-mel kepada kawannya.
9. Kek itu dibuat oleh Suzie.
10. Zaki suka membaca buku pada waktu lapang.
11. Cerita itu berkisahkan tentang anak-anak raja.



No comments:

Post a Comment