Bahasa Malaysia Tahun Dua

Saturday, 22 October 2011

Uji Diri 3

Betulkan penggunaan kata ganti nama diri bagi perkataan bergaris.

1. Ben Li otak cair. Beliau selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 
(                  )

2. Faizul, Muthu dan Gopal rakan sekelas. Kalian sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama. (                  )

3. "Saya akan berangkat ke Pulau Langkawi esok," titah Sultan Perak kepada pengiringnya.
(                  )

4. Mereka mestilah saling menolong antara satu dengan yang lain. (                  )

5. Datuk Yap Kim ialah wakil rakyat. Dia akan merasmikan bangunan baharu itu. (                 )

6. "Kamu hendak ke mana?" tanya Raju kepada rakan-rakannya. (                  )

7. " Kita akan menghantar tugasan itu esok," kata Tamanah dan Ainah kepada cikgu. (                  )

8. "Ayah, bolehkah awak bermain bola di padang?" tanya Wen Bing. (                  )


Jawapan

1. Dia
2. Mereka
3. Beta
4. Kita
5. Beliau
6. Kalian
7. Kami
8. saya                                                            

Friday, 21 October 2011

Tatabahasa 3

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu:
  • kata ganti nama diri orang pertama
  • kata ganti nama diri orang kedua
  • kata ganti nama diri orang ketiga
Kata Ganti Nama Diri Pertama
  • Digunakan bagi orang yang sedang bercakap
  • Contoh: saya, beta, patik, kami dan kita.
  • Ayat contoh:
1. Aku akan belajar bersungguh-sungguh.
2. Kita hendaklah menjaga kebersihan sekolah.


Kata Ganti Nama Diri Kedua
  • Digunakan untuk orang yang dilawan bercakap.
  • Contoh: kamu, anda, encik, tuan, puan dan kalian.
  • Ayat contoh:
1. Bilakah kamu akan ke Singapura?
2. "Kalian hendak ke mana?" tanya Zaki kepada rakan-rakannya.


Kata Ganti Nama Diri Ketiga
  • Digunakan untuk orang yang diperkatakan halnya.
  • Contoh: dia, beliau, baginda dan mereka.
  • Ayat contoh:
1. Para tetamu duduk di bawah khemah. Mereka sedang menikmati hidangan.
2. Dia didenda oleh guru kelasnya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.




Sunday, 2 October 2011

Uji Diri 2

Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai.

Jalur Gemilang
Cikgu Seow
Jumaat
Hospital Tawakal
Pulau Pinang
Zoo Negara
Kamus Dewan
Si Tompok


1. Kucing peliharaan adik bernama ____________.

2. Guru kelas kami ialah ____________.

3. Kami sekeluarga ke ____________ dengan menaiki feri.

4. Bapa saya bertugas di ____________.

5. Pengawas menaikkan ____________ semasa lagu 'Negaraku' dimainkan.

6. Pada setiap hari ____________, Mary dan Suzy akan mengikuti kelas tarian.

7. Sekolah saya akan mengadakan lawatan ke ____________.

8. Buku yang tebal itu ialah ____________.
                                                                                 




                     
 Jawapan

1. Si Tompok
2. Cikgu Seow
3. Pulau Pinang
4. Hospital Tawakal
5. Jalur Gemilang
6. Jumaat
7. Zoo Negara
8. Kamus Dewan

Saturday, 1 October 2011

Tatabahasa 2

 KATA NAMA
                                                                   
Kata Nama Khas

1. Digunakan untuk menamakan benda, haiwan, orang dan tempat secara   khusus.


2. Ditulis dengan huruf besar.

Contoh: Proton Saga, Zoo Negara, Kuala Lumpur, Lee Kok Peng dan Sony.

Ayat contoh:

1. Cikgu Halimah mengajarkan mata pelajaran Bahasa Malaysia.


2. Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia.