Bahasa Malaysia Tahun Dua

Wednesday, 7 December 2011

Tatabahasa 9

KATA KERJA

  • Digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan sama ada dilakukan oleh manusia, haiwan atau benda.
  • Terbahagi kepada dua jenis
Kata Kerja Transitif

Memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama
Kata Kerja  Tak Transitif

Tidak memerlukan objek selepas kata kerja

Ayat contoh kata kerja transitif:
1. Pak cik Wong menanam sayur.
2. Ravin menunggang basikal.

Ayat contoh kata kerja tak transitif:
1. Budak itu tersenyum.
2. Encik Lee masih belum pulang.

Kata Kerja Transitif terbahagi kepada dua:
Transitif aktif
Ibu menggoreng ayam itu.
Transitif pasif
Ayam itu digoreng oleh ibu.

Kata Kerja Tak Transitif terbahagi kepada dua:
Berpelengkap
Wei Lun menjadi ketua murid.
Tanpa pelengkap
Pokok itu tumbang.

No comments:

Post a Comment