Bahasa Malaysia Tahun Dua

Saturday, 10 December 2011

Uji Diri 10


Tulis jenis-jenis ayat di bawah.

1. Bilakah kejadian itu berlaku?   (                    )

2. Ibu saya ialah seorang jururawat.   (                    )

3. Jangan bermain di tepi lombong itu.   (                    )

4. Wah, tingginya Menara Kuala Lumpur !   (                    )

5. Hobi Salmah ialah mengumpul setem.   (                    )

6. Sila beratur ketika membeli makanan di kantin.   (                    )

7. Kucing Nani bernama Si Tompok.   (                    )

8. Usahlah kamu ambil hati dengan kata-katanya.   (                    )



Jawapan

1. Ayat tanya
2. Ayat penyata
3. Ayat perintah
4. Ayat seruan
5. Ayat penyata
6. Ayat perintah
7. Ayat penyata
8. Ayat perintah

Hikayat Sang Kancil dan Buaya

Friday, 9 December 2011

Tatabahasa 10

JENIS-JENIS AYAT

   
Terbahagi kepada 4 jenis, iaitu:  

           1. ayat penyata
           2. ayat tanya
           3. ayat perintah
           4. ayat seruan




1. Ayat tanya digunakan untuk memberi keterangan tentang sesuatu hal.

    Ayat contoh :
    a. Bapa membeli sebuah kereta baharu.
    b. Abang saya belajar di Universiti Sains Malaysia.

2. Ayat tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Antara kata tanya yang digunakan ialah  siapa, bila, apa, berapa.

  Ayat contoh :
   a. Mengapa kamu menangis?
   b. Sejak bila kamu berpindah ke sini?


3. Ayat perintah digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

  Ayat contoh :
  a. Jangan bermain di tepi jalan raya.
  b. Usahlah kamu menangis lagi.

4. Ayat seruan digunakan untuk menggambarkan nada atau perasaan seseorang ketika bercakap seperti marah, takut, geram.

  Ayat contoh :
  a. Oh, rupa-rupanya dia abang kamu!
  b. Aduh, sakitnya mata saya!


Thursday, 8 December 2011

Jong Jong Inai

Uji Diri 9


Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai

menuai
mencuci
dirawat
menangis
memanjat
melipat
bersenam
menyimpan
dikejar
bermain

1. Datuk ____________ setiap pagi di taman.

2. Abang ____________ kasut sekolah di bilik air.

3. Adik ____________ kerana jarinya digigit semut.

4. Zaki ____________ oleh seekor anjing liar.

5. Monyet pandai ____________ pokok.

6. Ali dan rakan-rakan ____________ bola sepak di padang.

7. Pesakit itu sedang ____________ oleh doktor.

8. Dia ____________ buku ke dalam beg.

9. Petani sedang ____________ padi di sawah.

10. Ibu ____________ pakaian di dalam bilik itu.

Jawapan

1. bersenam                                                
2. mencuci
3. menangis
4. dikejar
5. memanjat
6. bermain 
7. dirawat
8. menyimpan                              
9. menuai 
10. melipat