Terbahagi kepada 4 jenis, iaitu:
1. ayat penyata
2. ayat tanya
3. ayat perintah
4. ayat seruan
1. Ayat tanya digunakan untuk memberi keterangan tentang sesuatu hal.
Ayat contoh :
a. Bapa membeli sebuah kereta baharu.
b. Abang saya belajar di Universiti Sains Malaysia.
2. Ayat tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Antara kata tanya yang digunakan ialah siapa, bila, apa, berapa.
a. Mengapa kamu menangis?
b. Sejak bila kamu berpindah ke sini?
3. Ayat perintah digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Ayat contoh :
a. Jangan bermain di tepi jalan raya.
b. Usahlah kamu menangis lagi.
4. Ayat seruan digunakan untuk menggambarkan nada atau perasaan seseorang ketika bercakap seperti marah, takut, geram.
Ayat contoh :
a. Oh, rupa-rupanya dia abang kamu!
b. Aduh, sakitnya mata saya!



No comments:
Post a Comment