Bahasa Malaysia Tahun Dua

Monday, 26 September 2011

Uji Diri 1

Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai.

perigi
balai raya
padang
majalah
pisau
kucing
kereta
komputer riba


1. Datuk sedang mengasah ____________ yang tumpul itu.

2. Air ____________ di belakang rumah datuk sangat sejuk.

3. Kanak-kanak itu berkejar di ____________ pada waktu petang.

4. Bapa memandu ____________ ke pejabat setiap hari.

5. Abang membeli sebuah ____________ kerana mudah dibawa ke mana-mana.

6. Saya terjumpa seekor ____________ yang cedera di tepi longkang itu. 

7. Wen Bing membeli  senaskhah ____________ di kedai buku.

8. Penduduk kampung bergotong-royong membina ____________.


 Jawapan

1. pisau
2. perigi
3. padang
4. kereta 
5. komputer riba
6. kucing
7. majalah
8. balai raya 

Sunday, 25 September 2011

Tatabahasa 1

KATA NAMA
 Kata Nama Am

1. Digunakan untuk menamakan benda, haiwan, orang , dan  tempat secara am.

2. Huruf awal ditulis dengan huruf kecil kecuali awal ayat.
                                                   
Contoh: kerusi, burung, dewan, polis, tembikai dan pensel.

Ayat contoh:

1. Kami berkumpul di padang

2. Kakak membeli sehelai baju baharu.








Thursday, 22 September 2011

A teacher for all season

A teacher is like Spring,
Who nurtures new green sprouts,
Encourages and leads them,
Whenever they have doubts.
A teacher is like Summer,
Whose sunny temperament
Makes studying a pleasure,
Preventing discontent.
A teacher is like Fall,
With methods crisp and clear,
Lessons of bright colors
And a happy atmosphere.
A teacher is like Winter,
While it’s snowing hard outside,
Keeping students comfortable,
As a warm and helpful guide.
Teacher, you do all these things,
With a pleasant attitude;