Bahasa Malaysia Tahun Dua

Sunday, 27 November 2011

Uji Diri 7


Betulkan penggunaan kata seru dalam ayat-ayat di bawah.

1. Wah, comelnya kucing kamu!    ____________
2. Ah, kamu sudah sampai!    ____________
3. Nah, kamu berjaya akhirnya!    ____________
4. Aduhai sahabatku, belajarlah rajin-rajin!    ____________
5. Cis, sakitnya lututku ini!   ____________

6. Aduh, tingginya bangunan di bandar ini!    ____________
7. Wah, berseri-serinya wajah kamu!    ____________
8. Nah, di sini rupa-rupanya kucing saya!    ____________
9. Eh, besarnya rumah kamu!    ____________
10. Hai, berani engkau datang ke sini!    ____________



Jawapan
1. Amboi
2. Eh
3. Syabas
4. Wahai
5. Aduh
6. Wah
7. Amboi
8. Oh
9. Wah
10. Cis

Saturday, 26 November 2011

Tatabahasa 7


KATA SERU

·         1. Digunakan untuk menyatakan perasaan terkejut, takut, geram, sakit, dan   sebagainya.
·        2.  Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan yang diakhiri tanda seruan ( ! )

Kata Seru
Maksud
Ayat Contoh
aduh
sakit
Aduh, sakitnya tekakku!
aduhai
sedih, kecewa
Aduhai, malang sungguh nasib saya!
ah
tidak setuju
Ah, jangan engkau memaksa aku lagi!
amboi
hairan, terkejut
Amboi, cantiknya kasut baharu kamu!
cis
benci
Cis, berani engkau memukul adikku!
eh
cemas
Eh, bukankah itu kakak kamu?
kasihan
simpati
Kasihan, beg tangannya diragut pagi tadi!
nah
memberi Sesutu dengan marah
Nah, ambil duit kamu semula!
oh
kecewa, hairan, terkejut
Oh, di sini rupa-rupanya kamu!
syabas
memuji, gembira, mengucapkan tahniah
Syabas, kamu telah Berjaya!
wah
hairan, kagum, terkejut
Wah, tingginya bangunan itu!
wahai
merayu atau sayang
Wahai anak-anakku, belajarlah bersungguh-sungguh!

Tuesday, 22 November 2011

Uji Diri 6

Lengkapkan soalan dengan kata tanya yang sesuai.

Di manakah
Siapakah
Berapakah
Apakah
Bilakah
Mengapakah

1. ____________ yang berdiri di sana?
    Harjit yang berdiri di sana.

2. ____________ kamu letakkan baju saya?
    Saya letakkan baju kamu di dalam almari.

3. ____________ harga selonggok durian ini?
    Harga selonggok durian ialah RM15.

4. ____________ yang sedang dilakukan oleh ibu?
    Ibu sedang menyiram pokok bunga.

5. ____________ kamu dating lewat ke sekolah?
    Saya datang lewat ke sekolah kerana tayar basikal pancit.

6. ____________ lawatan tersebut akan diadakan?
    Lawatan tersebut akan diadakan pada 15 Mei.                            

 Jawapan                    

1. Siapakah
2. Di manakah
3. Berapakah
4. Apakah
5. Mengapakah
6. Bilakah

Saturday, 19 November 2011

Tatabahasa 6

KATA TANYA

Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.

Kata Tanya
Penggunaan
Ayat Contoh
apa
menanyakan benda
1. Kamu pegang apa?
2. Apakah pendapat kamu?
bila
menanyakan masa
1. Bilakah awak anda bertolak?
2. Sejak bilakah kamu mengenali   dia?
bagaimana
menanyakan cara dan keadaan
1. Bagaimanakah untuk membuat layang-layang?
2. Bagaimanakah dengan penyakit ibu kamu?
berapa
menanyakan bilangan, harga atau jumlah
1. Berapakah harga pen itu?
2. Berapa buah bukukah yang kamu beli?
mana
menanyakan tempat
1. Di manakah kamu tinggal?
2. Ke manakah kamu hendak pergi?
mengapa
menanyakan sebab
1. Mengapakah adik menangis?
2. Mengapa kamu pulang lewat?
siapa
menanyakan orang
1. Budak itu anak siapa?
2. Siapakah yang menghantar kamu pulang?