Bahasa Malaysia Tahun Dua

Saturday, 10 December 2011

Uji Diri 10


Tulis jenis-jenis ayat di bawah.

1. Bilakah kejadian itu berlaku?   (                    )

2. Ibu saya ialah seorang jururawat.   (                    )

3. Jangan bermain di tepi lombong itu.   (                    )

4. Wah, tingginya Menara Kuala Lumpur !   (                    )

5. Hobi Salmah ialah mengumpul setem.   (                    )

6. Sila beratur ketika membeli makanan di kantin.   (                    )

7. Kucing Nani bernama Si Tompok.   (                    )

8. Usahlah kamu ambil hati dengan kata-katanya.   (                    )



Jawapan

1. Ayat tanya
2. Ayat penyata
3. Ayat perintah
4. Ayat seruan
5. Ayat penyata
6. Ayat perintah
7. Ayat penyata
8. Ayat perintah

Hikayat Sang Kancil dan Buaya

Friday, 9 December 2011

Tatabahasa 10

JENIS-JENIS AYAT

   
Terbahagi kepada 4 jenis, iaitu:  

           1. ayat penyata
           2. ayat tanya
           3. ayat perintah
           4. ayat seruan




1. Ayat tanya digunakan untuk memberi keterangan tentang sesuatu hal.

    Ayat contoh :
    a. Bapa membeli sebuah kereta baharu.
    b. Abang saya belajar di Universiti Sains Malaysia.

2. Ayat tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Antara kata tanya yang digunakan ialah  siapa, bila, apa, berapa.

  Ayat contoh :
   a. Mengapa kamu menangis?
   b. Sejak bila kamu berpindah ke sini?


3. Ayat perintah digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

  Ayat contoh :
  a. Jangan bermain di tepi jalan raya.
  b. Usahlah kamu menangis lagi.

4. Ayat seruan digunakan untuk menggambarkan nada atau perasaan seseorang ketika bercakap seperti marah, takut, geram.

  Ayat contoh :
  a. Oh, rupa-rupanya dia abang kamu!
  b. Aduh, sakitnya mata saya!


Thursday, 8 December 2011

Jong Jong Inai

Uji Diri 9


Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai

menuai
mencuci
dirawat
menangis
memanjat
melipat
bersenam
menyimpan
dikejar
bermain

1. Datuk ____________ setiap pagi di taman.

2. Abang ____________ kasut sekolah di bilik air.

3. Adik ____________ kerana jarinya digigit semut.

4. Zaki ____________ oleh seekor anjing liar.

5. Monyet pandai ____________ pokok.

6. Ali dan rakan-rakan ____________ bola sepak di padang.

7. Pesakit itu sedang ____________ oleh doktor.

8. Dia ____________ buku ke dalam beg.

9. Petani sedang ____________ padi di sawah.

10. Ibu ____________ pakaian di dalam bilik itu.

Jawapan

1. bersenam                                                
2. mencuci
3. menangis
4. dikejar
5. memanjat
6. bermain 
7. dirawat
8. menyimpan                              
9. menuai 
10. melipat

Wednesday, 7 December 2011

Lanang Si Paku Lanang

Tatabahasa 9

KATA KERJA

  • Digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan sama ada dilakukan oleh manusia, haiwan atau benda.
  • Terbahagi kepada dua jenis
Kata Kerja Transitif

Memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama
Kata Kerja  Tak Transitif

Tidak memerlukan objek selepas kata kerja

Ayat contoh kata kerja transitif:
1. Pak cik Wong menanam sayur.
2. Ravin menunggang basikal.

Ayat contoh kata kerja tak transitif:
1. Budak itu tersenyum.
2. Encik Lee masih belum pulang.

Kata Kerja Transitif terbahagi kepada dua:
Transitif aktif
Ibu menggoreng ayam itu.
Transitif pasif
Ayam itu digoreng oleh ibu.

Kata Kerja Tak Transitif terbahagi kepada dua:
Berpelengkap
Wei Lun menjadi ketua murid.
Tanpa pelengkap
Pokok itu tumbang.

Tuesday, 6 December 2011

Uji Diri 8

Betulkan penggunaan kata sendi dalam ayat-ayat di bawah.

1. Ibu baru pulang ke pasar.   ____________
2. Hanim hendak pergi di sekolah.   ____________
3. Saya mengirim sepucuk surat daripada Kok Peng.   ____________
4. Beg itu diperbuat dari kulit buaya.   ____________
5. Nora dan Hasnah tinggal ke Kampung Hulu Kelang.   ____________
6. Hujan turun lebat daripada petang ini.   ____________
7. Kakak pergi ke sekolah oleh menaiki bas sekolah.   ____________
8. Latihan akan bermula di pukul 3.30 petang.   __________
9. Aini menyerahkan buku pada gurunya.   __________
10. Saya menerima hadiah kepada bapa. ____________

Jawapan
1. dari
2. ke
3. kepada
4. daripada
5. di
6. pada
7. dengan
8. pada
9. kepada
10. daripada

Monday, 5 December 2011

Tatabahasa 8




KATA SENDI NAMA

  • Digunakan untuk menghubungkan rangkai kata supaya membentuk ayat yang lengkap.
  • Muncul di hadapan kata nama atau kata ganti nama

Kata Sendi
Penggunaannya
akan
- Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan  atau sikap
dari
- Menunjukkan waktu
- Menunjukkan arah atau tempat asal
daripada
- Untuk orang, haiwan, benda, dan menyatakan perbezaan
dengan
- Untuk menyatakan makna bersama-sama bandingan setara dan keterangan cara
di
- Untuk menunjukkan tempat
hingga
- Untuk menjelaskan had tertentu
ke
- Untuk menyatakan tempat, masa, dan arah yang dituju
kepada
- Untuk menyatakan bahagian
- Untuk orang
oleh
- Untuk menunjukkan sesuatu yang dilakukan.
pada
- Untuk manusia, masa, dan benda
tentang
- Unsur yang membawa maksud rujukan

Ayat contoh:

1. Adik sayang akan kucing peliharaannya.
2. Bapa baru pulang dari pejabat.
3. Tikar itu diperbuat daripada daun mengkuang.
4. Ibu memotong sayur dengan pisau.
5. Sekolah saya terletak di Segambut.
6. Saya mengulang kaji dari pagi hingga petang.
7. Nenek berjalan kaki ke pasar.
8. Adik menghantar e-mel kepada kawannya.
9. Kek itu dibuat oleh Suzie.
10. Zaki suka membaca buku pada waktu lapang.
11. Cerita itu berkisahkan tentang anak-anak raja.