Bahasa Malaysia Tahun Dua

Friday, 21 October 2011

Tatabahasa 3

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu:
  • kata ganti nama diri orang pertama
  • kata ganti nama diri orang kedua
  • kata ganti nama diri orang ketiga
Kata Ganti Nama Diri Pertama
  • Digunakan bagi orang yang sedang bercakap
  • Contoh: saya, beta, patik, kami dan kita.
  • Ayat contoh:
1. Aku akan belajar bersungguh-sungguh.
2. Kita hendaklah menjaga kebersihan sekolah.


Kata Ganti Nama Diri Kedua
  • Digunakan untuk orang yang dilawan bercakap.
  • Contoh: kamu, anda, encik, tuan, puan dan kalian.
  • Ayat contoh:
1. Bilakah kamu akan ke Singapura?
2. "Kalian hendak ke mana?" tanya Zaki kepada rakan-rakannya.


Kata Ganti Nama Diri Ketiga
  • Digunakan untuk orang yang diperkatakan halnya.
  • Contoh: dia, beliau, baginda dan mereka.
  • Ayat contoh:
1. Para tetamu duduk di bawah khemah. Mereka sedang menikmati hidangan.
2. Dia didenda oleh guru kelasnya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.




No comments:

Post a Comment